 |
Semburan Kabus Pada Daun Tanaman |
Teknik pembajaan secara foliar telah diakui semakin popular.
Ini kerana pokok lebih mudah menyerap nutrien air semburan baja
berbanding baja jenis butiran.
Untuk bahasa yang mudah baja foliar adalah baja air
yang disembur pada batang dan daun pokok.
Untuk meMAKSIMAkan penyerapan baja foliar
dan juga perkembangan pokok.
Disini ada beberapa tips membaja
baja jenis foliar
 |
1. Kawal Kadar Bancuhan Baja Foliar
biasanya terdapat panduan di belakang botol
kadar perlu dikuti berdasarkan jenis tanaman
ini bagi memastikan tanaman tidak ter "overdose" atau terbakar
dan penjimatan dapat dikawal
Jika tidak pasti mula dengan kadar yang rendah.
|
 |
2. Guna Air Hujan atau Telaga
Sebaiknya guna air hujan atau telaga ini kerana air jenis ni tidak mempunyai klorin namun berhati-hati dengan air telaga periksa dulu kawasan tanah persekitaran. Dikhuatiri airnya tidak setulen air tanah kerana tercemar akibat kesan baja kimia dan sebagainya. |
 |
3. Semburan Halus
semburan halus baja foliar juga membantu penyerapan baja ke dalam daun tanaman. Terdapat pelbagai jenis alat semburan. Jika tanaman terlalu luas, disarankan beli mesin semburan seperti dalam gambar. |
 |
4. Semburan Waktu Pagi atau Petang
Semburan waktu ini adalah sesuai kerana suhu lebih rendah dan baja foliar tidak tersejat oleh panas matahari. Suhu yang sejuk akan mengakibatkan liang stoma terbuka luas. Ini memudahkan baja foliar diserap oleh tanaman. |
 |
5. Semburan Bahagian Bawah Daun
Ini kerana bahagian bawah daun mempunyai liang stoma yang lebih banyak daripada atas. Bahagian atas daun terdedah kepada cahaya matahari terus. Sebab itulah jumlah stoma di bahagian atas kurang daripada bawah. Untuk mengawal kadar sejatan air. |
 |
6. Penggunaan Bahan Wax atau Sticker Foliar
Pengunaan bahan ini untuk mengelakan air baja foliar daripada jatuh ke tanah. Ini juga dapat memaksimakan penyerapan baja foliar pada daun. |
 |
Contoh Wax agent untuk membantu penyerapan baja foliar. |
Tips ini diharap dapat membantu proses pembajaan tanaman
dengan kaedah baja foliar.
Baja Foliar Ezigrow Hotline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan