di atas batas tanaman dengan tujuan tertentu.
Antara Tujuan Sungkupan:
- mengekalkan kelembapan pada batas tanaman
kerana cahaya matahari tak terus kena pada tanah
- melindungi akar tanaman dari panas cahaya matahari
- membaik pulih struktur tanah
- mencegah serangan serangga perosak
- mencegah benih rumput rampai dari tumbuh
- sebagai hiasan
- mengurangkan hakisan tanah akibat air hujan lebat
Ada 2 Jenis Sungkupan:
1. Mudah reput
2. tidak mudah reput
Sungkupan Mudah Reput:
- rumput kering
- daun lalang kering
- daun
- reputan kayu buruk
- tinja binatang
- kompos cendawan
- rumput laut
- cocopeat (habuk tempurung kelapa)
- peat moss ( bahan lumut yang telah reput)
- daun kering kelapa
- sabut kelapa
- jerami padi
- surat khabar
- kertas buangan
- hampas kelapa sawit
- kulit kayu
- ranting kayu jenis lembut
- kompos akuatik ( bahan dari tumbuhan hidup dengan air)
Sungkupan jenis mudah reput ini akan memperbaiki
dan membekalkan nutrisi pada tanah setelah ia reput.
Sungkupan Daun Kering |
![]() |
Sungkupan lalang kering |
![]() |
Sungkupan jenis ni biasanya untuk hiasan pokok bunga senang bela dan rumput sukar nak tumbuh |
Kayu-kayu kering |
![]() |
Kotak telur pun boleh asalkan mereput dan tak menghalang air dari meresap ke tanah |
![]() |
Dekat nursery biasanya ada jual |
![]() |
Sungkupan untuk hiasan dan kawalan rumput |
Sungkupan Tidak Reput:
- papan batu
- genting atap
- batu kerikil
- batu sungai
- plastik( biasanya tanaman komersil guna)
- dan lain-lain.
Sungkupan jenis tidak reput ini tidah membekalkan nutrisi
atau memperbaiki tanah. Tapi lebih kepada dekorasi dan kawalan rumput.
![]() |
Sungkupan jenis ni memang tak mudah reput. |
![]() |
Sungkupan jenis ni ada 2 jenis Ada yang mereput Ada yang tidak mereput Yang jenis mereput, boleh membekal nutrisi pada pokok. |
Untuk Anak Pokok Buah,
letak jerami atau daun kering di sekeliling pokok
Untuk Tanaman Pasu,
letak habuk tempurung kelapa atau sabut setebal 5 cm
bukan sahaja dapat mengurangkan kehilangan air
malah dapat mencantikkan pasu.
Kenal pasti jenis tanah tanaman....
sekiranya baja tanah tidak berkesan
boleh guna teknik baja melalui daun dan batang
atau teknik baja foliar
baja foliar bersifat cecair dan disembur pada daun dan batang.
Pokok akan menyerap nutrisi yang ada pada baja foliar
Baja Foliar Ezigrow tidak menggunakan bahan kimia.
dan boleh diguna pada semua jenis tanaman.
ramai yang telah berjaya menyuburkan tanaman mereka.
EziGrow Hotline 0194551036
Sungkupan dapat mencegah tanah di sekeliling pokok cepat kering akibat panas terik cahaya matahari...
BalasPadam