Jumaat, 27 Mei 2016

Presentation Baja Ezigrow, Klang

Kali ni saya diminta
untuk beri penerangan 
tentang baja foliar EziGrow

pada dealer2 minyak JTX1000,


Slot Baja Ezigrow selepas Penerangan Minyak JTX1000 


Slot Baja EziGrow selepas tunggu dalam 30 minit.


Slot Baja Ezigrow bermula. 
Slide ni versi kedua, ada pertambahan info sukatan.

Sebelum faham Baja,
Mesti faham dulu bagaimana tumbuhan hidup
untuk memudahkan kita mendapat hasil tanaman yang baik


Botol Baja  Ezigrow berkapasiti 4 Liter.
Berat pun macam minyak pelincir.

Penerangan dengan bantuan gambar
lebih mudah untuk kita terangkan cara semburan

Nisbah sukatan berlainan untuk setiap jenis tanaman.

Sukatan bancuhan Baja Ezigrow ada dibelakang botol
tapi agak sukar untuk yang tak biasa bancuh.
1 Cap Kuning Botol Ezigrow telah disukat
lebih kurang 25ml.

Hotline - Hasmadi - 0194551036

Boleh rujuk di sini untuk sukatan menggunakan penutup ezigrow

Rabu, 25 Mei 2016

Ahad, 22 Mei 2016

Pokok Kangkung


Pokok jenis sayuran
memang senang tumbuh dan segar
dengan teknik baja foliar Ezigrow.

Baja foliar mudah diserap oleh daun-daun.
Konsep bagi minum bukan bagi makan.

Baja Foliar Ezigrow
tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya
dan pokok sayuran baja ezigrow selamat dimakan.

Kekerapan Sembuaran: 7 - 10 Hari sekali
Nisbah campuran untuk pokok sayuran
ada di BAWAH.

Bagi yang berminat nak jadi dealer
atau nak harga dealer sebab tanah luas
hubungi saya 
Hasmadi 019 4551036

POS dan courier di sediakan

Percuma Iklan Internet Untuk Usahawan Baru



Selasa, 10 Mei 2016

Mangga Cakunan Mudah Berbunga

10 November 2015


Di belakang En Suhaimi (baju kelabu) dari Rawang,
adalah pokok mangge jenis cakunan.

Cakunan?
Chokanan ?
Tak pasti mana yang betul.
Yang pasti Mangga jenis ni memang antara yang terbaik.
Dan kawasan perumahan beliau
memang terkenal dengan pokok mangga.

Beliau minat berkebun,
dan berminat mencuba Baja Foliar Ezigrow.
Macam-macam lagi dia tanam.
Cuma belum tanam mayat jer. hehe

28 April 2016


Katanya pokok mangga dia 
semakin sihat dan berbunga.


Kalau nak POS
termasuk Sabah dan Sarawak
boleh hubungi saya
Hasmadi 019 455 1036

Jumaat, 6 Mei 2016

Fungsi Stoma Pada Daun



Gambar kiri Stoma Terbuka
Gambar Kanan Stoma Tertutup



Perkataan Stoma berasal 
dari Yunani yang berarti mulut.

kalau banyak stoma  
kita panggil stomata 


Liang Stoma adalah tempat pertukaran gas 
seperti Carbon Dioksida, Oksigen, dan air.

Liang stoma ini penting untuk proses fotosintesis
iaitu proses penghasilan makanan untuk tumbuhan

Liang stoma boleh dijumpai pada daun.

Stoma utama terletak pada epidermis bagian bawah daun.


Saiz Liang stoma dikawal oleh sel pengawal 
untuk mengawal kehilangan air dalam tumbuhan.
Pada siang hari air masuk ke sel pengawal secara osmosis, 
membuatkan sel itu membesar dan melengkung
sehingga stoma jadi terbuka.

Cahaya merangsang bukaan stomata.
Semakin tinggi keamatan cahaya, 
semakin tinggi kadar transpirasi 
kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.

Pada malam hari sel pengawal mengecil 
dan kembali tertutup liang stoma.

Faktor-faktos semulajadi ini
yang membuatkan Baja Foliar sangat berkesan

Kerana Baja Foliar berbentuk cecair
dan mudah di serap oleh daun.

Dan melalui liang-liang stoma,
nutrien mudah di salurkan ke seluruh tumbuhan.

Baja Foliar Ezigrow Tidak Mengandungi Bahan Kimia
Dan tidak perlu digoncang sebelum guna.
Dan tiada mendapan kalau dibiarkan lama.
dan sesuai dengan semua jenis tanaman


Hotline No:
Hasmadi - 019-4551036