Selasa, 27 Disember 2016

Hadiah EziGrow Dekat IBU

Customer Baja EziGrow Dari Kota Bharu
yang agak unik
Beli untuk menggembirakan hati ibu.
Pokok Bunga Kertas Di halaman
susah nak berbunga.

Akhirnya beliau contact
 -017-999 8499 En Farid

Penerangan Cara Jaga Pokok Bunga Kertas
Dari En Farid Dealer Kota Bharu


Penerangan Cara Bancuh dan Kelebihan EziGrow
Baja foliar disembur pada batang dan daun
dan disembur pada waktu pagi atau petang.

Dealer EziGow Kota Bharu, Kelantan
dan juga Kuala Terrengganu
 -017-999 8499 En Farid


Tak sabar nak dengar maklum balas
dari pengguna baja EziGrow NI

Hotline Baja Foliar EziGrow 019-4551036


Rabu, 5 Oktober 2016

Pokok Bunga Ros


Semasa hantar Baja EziGrow ni saya sempat ambil gambar ni sahaja
gambar selebihnya dari koleksi beliau.
 Telah banyak kali pakai baja ezigrow untuk ros beliau.
Hantar pun malam, jadi bunga ros pun tak berapa nampak.

Laman rumah penuh dengan pelbagai spesis bunga ros

Tunjuk ajar dari group rosarian.
Menampakkan hasil.

Bunga Ros Merah

Merah Ros macam sirap






Memang best kalau lama penuh dengan bunga.

Hasil dari temuramah pencinta bunga ros ini,
beliau mengabungkan baja tanah dan baja foliar ezigrow.
Tanah organik dibeli dari nursery
dan digunakan untuk pokok bunga ros beliau.

Baja foliar disembur pada batang dan daun
dan disembur pada waktu pagi atau petang.

Hotline Baja Foliar EziGrow 019-4551036


Rabu, 7 September 2016

13 Khasiat Betik Yang Perlu Anda Tahu



Sedap betul betik ni
kalau dapat yang dari peti ais
lagi BEST

Betik
atau 
Carica Papaya Linn
dari 
Keluarga Carcaceae

Nak sebut pun payah.
haha



Disini Ada 13 Khasiat Buah Betik,
13? Banyak betul.

Antaranya:

1. Kaya dengan Vitamin C
Berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit
Pendeka kata boleh memudahkan proses penghadaman

2. Daun Betik
Pucuk mudanya selalu direbus untuk jadi ulam
Air rebusan daun betik dapat mengeluarkan angin dari perut.
Jadi perut jadi selesa.

3. Dapat melembutkan daging
jika dibalut dengan daun betik 
semasa dipanggang

4.Hancurkan betik tu,
lumur di kulit muka yang berjerawat dan berkedut
30 minit sebelum mandi

5. Di Ghana betik digunakan
untuk mengubati ketumbuhan
Pucuk betik pula boleh mengubati
penyakit tekanan darah tinggi

6. Ambil betik muda,
dan belah dua
dan ambil getahnya
dan sapu dibahagian tumit kaki yang pecah.

7.Betik selalu dikaitkan dengan 
pengurangan berat badan
menghaluskan kulit
dan awet muda.

8. Daun betik
mengandungi
dektrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium

9. Ambil daun
layurkan atas api
dan lekapkan pada otot yang sakit.
Perahan dari daun betik yang ditumbuh
dan 
dicampur dengan air limau nipis
minum untuk ubati penyakit sendi

10. Daun betik tua boleh buat jus
untuk ubat penyakit denggi.
sejauh mana kebenaran tidaklah diketahui.
Ada juga yang kata pucuk betik pun boleh.

11. Biji betik pula
boleh menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit.
Tumbuh biji sampai halus dan rebut
kemudian minum

12.  Getah betik juga
boleh melegakan kesakitan gigi berluang
dengan menitikkan getak pada lubang gigi.

13. Untuk menghentikan pendarahan,
tumbuh daun beitk sehingga lumat,
campur sedikit garam
dan lekapkan pada tempat luka dan dibalut.

Sumber rujukan:
Jurnal Agrotani
Pertanian Adalah Perniagaan
Edisi 1 - Nov/Dis 2014

kira biji betik teka
Jom Kira Biji Betik
Tengok siapa yang kena

Pokok Betik
Pokok Betik
jeruk betik pinggan
Jeruk Betik Sedap Sedap


ezigrow baja betik foliar
Abang Sado dengan Hasil Baja Ezigrow
Betik Yang Besar

Untuk dapatkan betik yang lebih berat
sangat disyorkan baja foliar.
baja foliar=teknik baja melalui daun dan batang

Baja foliar Ezigrow disembur pada batang dan daun
dan disembur pada waktu pagi atau petang.

Hotline Baja Foliar EziGrow 019-4551036


Isnin, 5 September 2016

Vitamin EziGrow Kurangkan Kesan Melawas Sawit


Kehebatan Baja Foliar EziGrow
Membantu ramai petani untuk meningkatkan hasil lebih banyak.
Dengan Kos Yang Berpatutan





Cara Bancuh Baja Foliar Ezigrow
awitUntuk Tanaman Kelapa s



Baja foliar disembur pada batang dan daun
dan disembur pada waktu pagi atau petang.
Terbukti hasil kelapa sawit yang berganda.

Hotline Baja Foliar EziGrow 019-4551036


Selasa, 21 Jun 2016

Tips Semburan Baja Foliar Pada Tanaman

Penyembur Kabus
Semburan Kabus Pada Daun Tanaman
Teknik pembajaan secara foliar telah diakui semakin popular.
Ini kerana pokok lebih mudah menyerap nutrien air semburan baja
berbanding baja jenis butiran.

Untuk bahasa yang mudah baja foliar adalah baja air 
yang disembur pada batang dan daun pokok.

Untuk meMAKSIMAkan penyerapan baja foliar
dan juga perkembangan pokok.

Disini ada beberapa tips membaja
baja jenis foliar


Kadar bancuhan baja foliar ezigrow dan kandungan terdapat di belakang botol

1. Kawal Kadar Bancuhan Baja Foliar

biasanya terdapat panduan di belakang botol
kadar perlu dikuti berdasarkan jenis tanaman
ini bagi memastikan tanaman tidak ter "overdose" atau terbakar
dan penjimatan dapat dikawal
Jika tidak pasti mula dengan kadar yang rendah.



2. Guna Air Hujan atau Telaga

Sebaiknya guna air hujan atau telaga
ini kerana air jenis ni tidak mempunyai klorin
namun berhati-hati dengan air telaga
periksa dulu kawasan tanah persekitaran.
Dikhuatiri airnya tidak setulen air tanah
kerana tercemar akibat kesan baja kimia dan sebagainya.


3. Semburan Halus

semburan halus baja foliar juga membantu
penyerapan baja ke dalam daun tanaman.
Terdapat pelbagai jenis alat semburan.
Jika tanaman terlalu luas,
disarankan beli mesin semburan seperti dalam gambar.



4. Semburan Waktu Pagi atau Petang

Semburan waktu ini adalah sesuai
kerana suhu lebih rendah
dan baja foliar tidak tersejat oleh panas matahari.
Suhu yang sejuk
akan mengakibatkan liang stoma terbuka luas.
Ini memudahkan baja foliar diserap oleh tanaman.


5. Semburan Bahagian Bawah Daun

Ini kerana bahagian bawah daun
mempunyai liang stoma yang lebih banyak daripada atas.
Bahagian atas daun terdedah kepada cahaya matahari terus.
Sebab itulah jumlah stoma di bahagian atas kurang daripada bawah.
Untuk mengawal kadar sejatan air.


6. Penggunaan Bahan Wax atau Sticker Foliar

Pengunaan bahan ini untuk mengelakan air baja foliar
daripada jatuh ke tanah.
Ini juga dapat memaksimakan penyerapan baja foliar pada daun.


Contoh Wax agent
untuk membantu penyerapan baja foliar.


Tips ini diharap dapat membantu proses pembajaan tanaman
dengan kaedah baja foliar.

Baja Foliar Ezigrow Hotline

Isnin, 20 Jun 2016

Pokok Kelapa Sudah Lama Tak Berbuah


Sebolehnya baja foliar ezigrow
disembur pada daun dan batang.

Dan lebih berkesan jika
disembur pada daun
dimana liang stoma berada disitu

Dalam testimonial ini,
pengguna mengambil inisiatif memanjat pokok kelapa itu
dan disembur pada tempat berbuah, daun, batang dan akar.

Baja foliar sangat berkesan 
kerana baja ini diserap terus oleh pokok.

Abaikan gambar bomba di bawah.
sebagai hiasan sahaja.


Gambar Hiasan
Mangsa memang cekap panjat pokok
apabila beliau cuba belah buah di atas pokok.
Parangnya terkena pada kaki.
Lalu beliau mabuk darah...

Kenali Jenis Baja Tanaman

Baja merupakan nutrient tambahan
kepada semua jenis tumbuhan.

Di sini saya ringkaskan jenis-jenis baja
yang terdapat di atas muka bumi ni.

Baja Foliar

- Baja jenis ni berkonsepkan memberi nutrient
melalui batang dan daun.
-Arahan yang terdapat pada botol baja
mesti dicampur dengan air atau racun
dan disembur pada tanaman tersebut

Baja Foliar Mesti Disembur pada daun dan batang

Baja Organik

-Baja jenis ni tidak mempunyai bahan kimia
dan bahan-bahan dia, diambil dari bahan semulajadi
-baja organik ditabur di atas tanah
dan tanah akan menyerap nutrient baja itu
-akar pokok akan menyerap nutrient 
dari pada tanah sekelilingnya
- antara bahan-bahan baja organik
-tahi binatang
-tulang binatang
-hasil kompos tumbuhan
-dan sebagainya
-Kesimpulannya Baja Organik 
dihasilkan dari bahan semulajadi

Baja Organik Dari Tinja Lembu


Proses DIY Baja Organik Jenis Kompos
dari sisa dapur

Baja NPK

- NPK merupakan spesifikasi sesuatu baja
N : Nitrogen
P :  Phosphorus
K : Kalium (Potasium)

Nombor yang ada di sebelahnya
merupakan kadar kandungan setiap bahan itu.

Contoh Baja Butiran NPK Cap Raja Sawit
N : 12%
P : 12%
K : 17%
Mgo : 2% (bahan tambahan)

N : Nitrogen
Untuk Pembesaran Daun

P :  Phosphorus
Pembesaran Akar

K : Kalium (Potasium)
Tumbesaran Pokok
Baja Foliar Ezigrow Juga Mempunyai Unsur NPK
Tapi dalam bentuk mg/L
N: 20,000 mg/L
P: 12,000 mg/L
K: 45,000 mg/L
-setiap baja butiran atau cecair mempunyai kadar NPK berlainan.
dan kadang2 mempunyai unsur-unsur yang lain seperti Mgo, Zink, Cu dan sebagainya


Sumber Rujukan:
http://animhosnan.blogspot.my/2014/01/apa-itu-baja-npk.html

Jumaat, 10 Jun 2016

Teknik Sungkupan atau Mulsa Pada Tanaman

-sungkupan atau pemulsaan, bermaksud kita meletakkan bahan atau barang
di atas batas tanaman dengan tujuan tertentu.

Antara Tujuan Sungkupan:
- mengekalkan kelembapan pada batas tanaman
  kerana cahaya matahari tak terus kena pada tanah
- melindungi akar tanaman dari panas cahaya matahari
- membaik pulih struktur tanah
- mencegah serangan serangga perosak
- mencegah benih rumput rampai dari tumbuh
- sebagai hiasan
- mengurangkan hakisan tanah akibat air hujan lebat


Ada 2 Jenis Sungkupan: 
1. Mudah reput
2. tidak mudah reput


Sungkupan Mudah Reput:
- rumput kering
- daun lalang kering
- daun
- reputan kayu buruk
- tinja binatang
- kompos cendawan
- rumput laut
- cocopeat (habuk tempurung kelapa)
- peat moss ( bahan lumut yang telah reput)
- daun kering kelapa
- sabut kelapa
- jerami padi
- surat khabar
- kertas buangan
- hampas kelapa sawit
- kulit kayu
- ranting kayu jenis lembut
- kompos akuatik ( bahan dari tumbuhan hidup dengan air)

Sungkupan jenis mudah reput ini akan memperbaiki
dan membekalkan nutrisi pada tanah setelah ia reput.

Sungkupan Daun Kering

Sungkupan lalang kering

Sungkupan jenis ni biasanya untuk hiasan pokok bunga
senang bela dan rumput sukar nak tumbuh

Kayu-kayu kering

Kotak telur pun boleh asalkan mereput
dan tak menghalang air dari meresap ke tanah

Dekat nursery biasanya ada jual

Sungkupan untuk hiasan dan kawalan rumput





Sungkupan Tidak Reput:
- papan batu
- genting atap
- batu kerikil
- batu sungai
- plastik( biasanya tanaman komersil guna)
- dan lain-lain.

Sungkupan jenis tidak reput ini tidah membekalkan nutrisi
atau memperbaiki tanah. Tapi lebih kepada dekorasi dan kawalan rumput.

Sungkupan jenis ni memang tak mudah reput.

Sungkupan jenis ni ada 2 jenis
Ada yang mereput
Ada yang tidak mereput
Yang jenis mereput, boleh membekal nutrisi pada pokok.



Untuk Anak Pokok Buah,
letak jerami atau daun kering di sekeliling pokok


Untuk Tanaman Pasu,

letak habuk tempurung kelapa atau sabut setebal 5 cm
bukan sahaja dapat mengurangkan kehilangan air
malah dapat mencantikkan pasu.

Kenal pasti jenis tanah tanaman....
sekiranya baja tanah tidak berkesan
boleh guna teknik baja melalui daun dan batang
atau teknik baja foliar

baja foliar bersifat cecair dan disembur pada daun dan batang.
Pokok akan menyerap nutrisi yang ada pada baja foliar

Baja Foliar Ezigrow tidak menggunakan bahan kimia.
dan boleh diguna pada semua jenis tanaman.
ramai yang telah berjaya menyuburkan tanaman mereka.

EziGrow Hotline 0194551036

Ahad, 5 Jun 2016

Rahsia Mangga Berbuah Lebat

SIK 11 Jun - Bagi memastikan pokok mangga yang ditanam mampu berbuah lebat, ia sentiasa memerlukan penjagaan sempurna, selain teknik cantasan yang betul mesti diikuti oleh penanam sebagai satu rahsia untuk menjadikannya berbuah lebat.

Pemilik ladang yang menyertai projek perintis tanaman mangga Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Ayub Ahmad memberitahu, berpandukan tunjuk-ajar daripada MARDI, pokok-pokok mangga perlu dicantas sejak daripada kecil bagi memastikan dahan-dahan pokok tidak menjadi terlalu banyak sehingga membantutkan pengeluaran buah.


Menurutnya, orang ramai yang berminat menanam mangga perlu mengikis persepsi bahawa lebih banyak daun atau dahan, pokok itu akan menghasilkan buah yang lebih banyak.

Sebenarnya kata Ayub, lebih sedikit dahan dan daun yang ada di pokok mangga, bermakna akan lebih banyak buah yang dapat dihasilkan oleh pokok tersebut.

"Ini kerana jika banyak dahan dan daun, banyak nutrien daripada pokok akan disalurkan kepada daun berbanding penghasilan buah.

"Jika lebih banyak daun, bermakna lebih sedikit buah yang akan dihasilkan oleh setiap pokok mangga itu," jelasnya.

Oleh itu tambahnya, beliau menghabiskan banyak masa untuk membuang daun-daun supaya proses penghasilan buah dapat dihasilkan sehingga ke tahap maksimum.

"Pokok mangga yang kelihatan rendang dan agak rendah itu juga memudahkan proses untuk memetik buah di ladang.

"Selain itu pegawai-pegawai MARDI selalu turun ke ladang mangga yang diusahakan penduduk setempat bagi tujuan meninjau hasil dan masalah yang dihadapi oleh pekebun seperti saya," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Program Pembangunan Usahawan MARDI, Khadzir Darus yang turut melawat ladang mangga milik Ayub berkata, peladang tanaman itu perlu mengikut panduan yang betul terutama ketika memangkas dahan dan membuang daun pada pokok mangga mereka.

"Pokok mangga yang berdaun lebat tidak dapat menghasilkan buah dengan banyak, namun daun yang kurang juga membantutkan tumbesaran pokok.

"Jadi mereka perlu belajar cara-cara penjagaan pokok yang betul," katanya.

Menurutnya, para pegawai MARDI mengajar Ayub untuk mencantas dahan kebun mangga miliknya itu supaya pokok itu menjadi bentuk seakan-akan kipas bagi memudahkan cahaya matahari sampai ke dahan dan daun.

"Cantasan begini perlu bagi menjamin pokok mangga sihat dan dapat menghasilkan buah yang bermutu tinggi," jelasnya.

"Pihak MARDI amat mengalu-alukan peladang mangga yang berminat untuk mempelajari teknik cantasan pokok mangga dan mereka boleh berkunjung ke pejabat MARDI untuk mendapatkan tunjuk ajar penanaman daripada para pegawai yang bertugas," jelasnya.


Sumber Asal:Utusan Online 12/06/2008
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&sec=Utara&pg=wu_02.htm

Baja foliar merupakan teknik pembajaan melalui daun dan batang.
Baja Ezigrow mempunyai nutrisi yang cukup untuk pokok berbuah dan membesar dengan cepat.
Namun penjagaan pokok perlu dipantau supaya faedah baja foliar dapat dimaksimakan.

Baja Ezigrow Hotline : 0194551036